Title :
Kasih Ibu Sepanjang Jalan
Category :
Telemovie
Duration:
90 min
Genre:
Family
Year :
2004
Language:
Malay
Format:
Betacam SP PAL
Production:
Sheunik Sdn. Bhd.
Sale Right:
World

MALAY
All contents Copyright & Legal Disclaimer © 2006 Makmur Megah Sdn. Bhd. Malaysia. All Rights Reserved. | Best viewed with Internet Explorer 5.0 or above on resolution 1024 X 768.

Martina merupakan seorang ibu yang gagah namun diberikan dugaan melahirkan seorang anak lelaki yang cacat pendengaran dan lembab dalam pembelajaran bernama Amin. Suaminya, Rahman seorang pemandu teksi, tidak meyenangi kelahiran Amin dan sudah bosan dengan keadaan di mana Amin masih tidak dapat diterima masuk ke dalam sekolah biasa memandangkan Amin perlu dimasukkan ke sekolah pendidikan khas. Martina berjanji akan suatu hari nanti berjaya mendaftarkan Amin untuk belajar di dalam sebuah sekolah biasa bersama dengan rakan-rakan seusia dengannya. Namun, Hajat Martina itu dipandang remeh oleh suaminya kerana suaminya itu merasakan bahawa Amin sudah tidak layak untuk belajar di mana-mana sekolah biasa.

Kesusahan Martina ditambah lagi apabila alat pendengaran Amin rosak akibat bergaduh dengan rakan-rakan sekolah. Rahman berasa kurang senang dan berhasrat tidak mahu mencampuri urusan Martina untuk menyekolahkan Amin. Martina sentiasa mengaduhkan masalahnya kepada suami rakan baiknya di Indonesia dahulu iaitu Ismail yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sekolah itu. Ismail juga menyayangi Amin memandangkan perkahwinannya dengan rakan Martina tidak lama apabila isterinya meninggal dunia akibat penyakit barah otak.

Martina yang bekerja di sebuah restoren akhirnya diuji apabila pihak berkuasa membuat serbuan ke atas premis itu dan rakan baik Martina, Reni telah membawa Amin untuk lari bersamanya. Martina yang kelam-kabut mencari Amin kemudian terserempak dengan Ismal. Rahman yang ternampak Amin bersama-sama Reni kemudiannya marah dan menuduh Martina dan Ismail mempunyai hubungan sulit sehingga Martina sanggup meninggalkan Amin bersama-sama Reni untuk bertemu dengan kekasihnya Ismail. Rahman yang berang dengan kejadian itu kemudiannya memandu teksinya dengan laju seterusnya terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan Rahman terbunuh.

Ketabahan Martina teruji apabila ibu mertua Martina (Mak Engku) dan adik iparnya (Suhaila) berebutkan hak penjagaan ke atas Amin. Martina mengalah dengan menyerahkan Amin kepada ibu mertuanya namun Amin tidak berasa gembira apabila tinggal di rumah neneknya itu. Amin akhirnya melarikan diri untuk kembali ke pangkuan Martina. Hasil usaha mencari, Amin akhirnya ditemui dan ibu mertuanya insaf atas kejadian itu serta menyesal dengan kejadian itu. Amin akhirnya berjaya disekolahkan ke sekolah biasa bersama-sama dengan kanak-kanak lain seusia dengannya.