Title :
Kirimkan Kata Cinta
Category :
Drama
Duration:
60min X 13 ep
Genre:
Love Story
Year :
2004
Language:
Malay
Format:
Betacam SP PAL
Production:
Sheunik Sdn. Bhd.
Sale Right:
World

All contents Copyright & Legal Disclaimer © 2006 Makmur Megah Sdn. Bhd. Malaysia. All Rights Reserved. | Best viewed with Internet Explorer 5.0 or above on resolution 1024 X 768.

Via (18 tahun) dalam pencarian cinta sejatinya. Seorang yang romantis dan sukakan novel cinta serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ditunangkan dengan Danny(21), anak hartawan, suka berfoya-foya dan suka berlumba. Sepanjang perkenalan mereka, Via selalu mendengar cerita sikap buruk Danny yang kaki perempuan. Kemucaknya Danny meniduri Rakan Via. Via ingin menamatkan hubungan mereka namun Danny menolak ditambah Via tidak mencintai Danny memandangkan Danny pilihan orang tuanya.

Danny mengakui Via seorang gadis setia, cantik dan tidak meminta-minta dan sedar sukar mencari wanita sepertinya. Namun, Danny tetap dengan tabiat buruknya. Ini membuatkan Via ragu-ragu untuk mengahwini Danny. Dia curiga sama ada Danny adalah teman hidup sejatinya.

Untuk mengisi masa lapangnya, Via gemar melayari internet bercit-cat dengan kenalan dari neaga lain. Dia selalu meluahkan masalahnya dengan Danny melalui rakan chatingnya. Melalui ruang tesebut, Via mengenai Tony dari Singapura dan Adam dari Malaysia. Adam adalah seorang yang tampan dan romantis. Mereka menjadi kekasih melalui internet. Adam berhajat ke Bali dan Via menemaninya. Mereka melalui saat-saat indah di Bali. Bagi Via, Adam merupakan seorang lelaki yang menarik.

Tiba masa Adam meminta Via datang ke Malaysia. Via tidak sabar untuk berjumpa dengan Adam. Dia merasakan Adam ialah teman sejatinya. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu ibu bapanya bahawa dia ingin memutuskan hubungannya dengan Danny biarpun mereka mungkin tidak bersetuju.

Di Malaysia, Via mendapat tahu bahwa Adam telahpun mempunyai teman wanita di Malaysia. Via kecewa dan kembali ke Indonesia. Via makin tertekan, dan Danny masih dengan tabiat lamanya. Hubungan mereka semakin dingin. Suatu hari Via memenangi pertandingan seni tari dan dihantar ke Singapura bagi meneruskan pengajiannya dalam bidang Bahasa Inggeris dan juga seni tari.

Di Singapura, Via tinggal bersama keluarga Lee yang mempunyai anak lelaki Khai 23 tahun yang bekerja sambil menuntut di sebuah kolej. Khai mempunyai perwatakan berbeza dengan orang tuanya menyebabkan Via tidak begitu sukakan Khai. Sikap Khai yang degil, angkuh dan mementingkan diri menyebabkan Via sering menjauhkan diri dari dengan Khai. Pertengahan Khai dengan kekasihnya Jenny sehingga menyebabkan perpisahan anatara mereka dilihat oleh Via. Via merasa gerun melihat kemarahan Khai dan dia bersumpah bahawa dia takkan mempunyai teman lelaki seperti Khai.

Setelah memutuskan hubungan dengan jenny, sikap Khai menjadi semakin buruk. Khai sering mengkritik Via dan mereka bertengkar. Encik dan Puan Lee cuba menenangkan Via dan memarahi Khai. Khai menjadi lebih marah dan membenci Via hinggalah pada suatu hari, sebuah kejadian mengubah segalanya. mereka mula mengenali sikap sebenar masing-masing. Via mula menyedari yang Khai adalah seorang lelaki yang mesra dan menarik . Hari terakhirnya di Singapura, Via melalui saat-saat indah bersama Khai. Dia tidk dapat melupakan Khai. Ini merupakan kali pertama dia merasakan cinta yang begitu mendalam. Apabila tiba di Jakarta, perasaannya menjadi bertambah kuat. Dia keliru. Adakah ini yang dikatakan cinta sejati?

mereka terus berhubung melalui emel. Via menemui cinta sejatinya iaitu Khai dan dia tidak dapat melupakannya. Setiap minggu, Khai akan terbang ke Jakarta unutk menemui Via.

Ibu bapa Via tidak bersetuju dengan hubungan Via dan Khai. Mereka masih ingin melihat Via bersama Dnany. Akhirnya, Danny menjdai tidak siuman dan selalu menganggu dan mengugut Via. namun Via bahagia bersama Khai.

MALAY