Title :
Cinta Selembut Sutera
Category :
Telemovie
Duration:
90 min
Genre:
Family
Year :
2004
Language:
Malay
Format:
Betacam SP PAL
Production:
Sheunik Sdn. Bhd.
Sale Right:
World

MALAY
All contents Copyright & Legal Disclaimer © 2006 Makmur Megah Sdn. Bhd. Malaysia. All Rights Reserved. | Best viewed with Internet Explorer 5.0 or above on resolution 1024 X 768.

Danial seorang buruan yang amat dikehendaki polis melarikan diri ke dalam hutan tebal. Dia menemui sebuah villa setelah lama menyusuri hutan belantara. Di sana dia melihat seorang lelaki mirip wajahnya sedang bersiap sedia hendak berburu ke dalam hutan. Lelaki tersebut bernama Rizal. Danial merancang untuk membunuh Rizal supaya dia dapat mencuri identiti Rizal.

Namun Danial membatalkan niatnya itu apabila Rizal mati diserang dipatuk ular ketika berburu. Ini memberi peluang kepada Danial untuk menyamar sebagai Rizal. Kehilangan Rizal menimbulkan resah di hati keluarganya. Seminggu berlalu dan Danial yang kini adalah Rizal kembali menemui pemilik villa iaitu Farah, adiknya Fasha dan yang bongsu Aliya. Danial berpura-pura sakit untuk mengurangkan komunikasi antaranya dengan penghuni villa. Pada masa yang sama Danial mula memainkan peranan sebagai Rizal.

Tingkah laku Rizal (Danial) menimbulkan curiga di hati Fasha kerana Rizal yang merupakan kekasihnya telah banyak berubah. Kini Rizal mula menunjukkan minat pula terhadap Aliya. Farah turut sama mencurigai Rizal lebih-lebih lagi setelah pihak polis datang ke villanya mencari orang buruan yang paling dikehendaki.

Danial menghadapi dilema kerana penyamarannya pasti terbongkar jika dia masih tinggal di villa tersebut. Pada masa yang sama dia sudah jatuh cinta terhadap Aliya tetapi Aliya yang tidak mengetahui identitinya menyintai Danial yang dianggapnya Rizal.