©2005 Pesona Busana Online. Hakcipta Terpelihara ®Makmur Megah Sdn. Bhd.
Penafian : Pihak Syarikat Makmur Megah Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Paparan terbaik dengan resolusi 1024 X 768
     
PESONA 'TEAM'
   

Pengarah Program (Hasnul Hadi Suhadi) :

Pesona Busana adalah usaha kami untuk mempromosikan pereka dan jenama tempatan. Terima kasih kepada semua yang terlibat semoga mendapat manfaat daripada rancangan ini.

Penolong Pengarah / penulis skrip ( Azlina Mohamad Jantan ) :

Pesona Busana banyak memberikan informasi berguna khas buat wanita yang mementingkan penampilan serta kecantikan diri. Jadi kepada anda yang bergelar wanita, jangan lupa untuk menonton rancangan ini.

 

Penolong Pengarah / penulis skrip ( Izwan Rozlin ) :

Pesona Busana adalah sebuah rancangan yang diwujudkan bagi menampilkan serta mempamerkan bakat serta kesungguhan pereka-pereka muda baru Malaysia yang berpotensi besar dalam memartabatkan industri fesyen negara di masa akan datang. Di antara nama-nama seperti Sharifah Maheran Barakaf, Carven Ong, Zainal dan Aizak adalah pereka-pereka yang mempunyai daya serta aspirasi yang cukup tinggi juga pereka-pereka lain yang tidak saya sebutkan namanya di sini. Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini serta kepada Kementerian Kebudayaan Kesenian Warisan Malaysia, Pejabat Kebudayaan Warisan Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Pahang serta Johor , Kelantan dan Terengganu. Terima Kasih Daun Keladi. Segala jasa dan budi baik anda semua hanya tuhan yang dapat membalasnya. Syarikat rakaman FMC, Interglobal Music (Malaysia ) , Sony BMG Malaysia, KRU Records dan NSR Records. Segala kerjasama yang anda berikan adalah amat kami hargai.

   

PESONA 'CONTACT'