©2005 Pesona Busana Online. Hakcipta Terpelihara ®Makmur Megah Sdn. Bhd.
Penafian : Pihak Syarikat Makmur Megah Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Paparan terbaik dengan resolusi 1024 X 768 menggunakan Internet Explorer versi 5.0 dan ke atas.
     

CARVEN ONG

   
 
 
 
 
 

ZAINAL YUSOF

 
ZAINAL YUSOF anak kelahiran Machang Kelantan mendapat pendidikan dalam seni rekaan batik pada tahun 1992 di Institut Kraf Negara sebelum dianugerahkan Anugerah Tokoh Pemuda Kraf 1997. Selepas itu dia dilantik menjadi salah seorang pereka di batik Malaysia pada tahun 2001. Sekarang ini beliau menjadi pereka sepenuh masa di Galeri Batik Bangsar.
 
 
 
 
 

NATRAH HISHAM

 
NATRAH HISHAM mula berjinak-jinak dalam rekaan fesyen seawal usia 17 tahun. Bermula dari melukis fesyen pilihan rakan-rakannya secara suka-suka, kini dia mampu berbangga kerana mempunyai butiknya sendiri di Petaling Jaya. Kisah bermula apabila dia mula berdikit-dikit menyimpan duit hinggalah dia berjaya membuka sebuah butik yang cukup dikenali di pentas fesyen negara iaitu Butik Embun. Sekarang Natrah mampu tersenyum lebar apabila baju tradisional kotemporari berkonsepkan Asia rekaannya kini mendapat pasaran hingga ke Paris dan London. Sambutan dan tempahan dari pengemar rekaannya di Jakarta juga amat mengalakkan.
 
 
 
 
 

SHARIFAH MAHERAN BARAKHBAH

 
SHARIFAH MAHERAN BARAKHBAH anak kelahiran Kedah ini memperoleh Diploma Fesyen di Institut Teknologi Mara sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang fesyen ke St Martin School Of Art di London. Setelah menamatkan pelajarannya di London, Sharifah pulang ke Malaysia dengan sebuah cita-cita. Berkat dorongan dari suaminya yang tercinta, akhirnya sekarang ini dia mempunyai 3 cawangan dibawah label Barakaff Holdings Sdn Bhd. Kebanyakkan produk tekstil Barakaff telah berjaya dieksport ke Singapura dan Amerika Syarikat. Selain daripada itu, Barakaff turut mengambil bahagian dalam pertunjukkan fesyen di beberapa bandar besar dunia seperti di Sydney, Tokyo, Abu Dhabi, Milan dan Cairo.
 
 
 
 
 

     
CARVEN ONG anak bongsu dari 7 beradik ini berasal dari Taiping Perak. Memulakan kariernya sebagai pereka fesyen pada tahun 1992 apabila dia memasuki sebuah Akademi fesyen di Ipoh. Selepas 3 tahun, Carven akhirnya berjaya memperolehi ijazah dalam bidang rekaan fesyen dan lulus dengan cemerlang. Sebaik sahaja tamat dari kolej, dia memilih untuk menjadi pensyarah di dalam jurusan fesyen sebelum ditawarkan menjadi pereka fesyen untuk MetroJaya Usaha dan pengalamannya selama ini tidak sia-sia apabila pada awal tahun 2004 dia berjaya mempunyai butik sendiri iaitu ‘Carven Ong Couture’ di Lot 10 Bukit Bintang. Carven meminati seni rekaan gaun yang ‘trendy’ .